Sekiranya dunia benar-benar menyaksikan fenomena yang manusia gelar sebagai “zombi”, persoalannya bukan tentang filem.
Persoalannya ialah:
adakah ia gambaran tentang zaman ketika manusia terus kekal hidup dalam jasad yang tidak mati?
Al-Qur’an telah memberi amaran tentang satu makhluk akhir zaman yang dinamakan Dabbah.
NAS AL-QUR’AN
Allah berfirman:
وَإِذَا وَقَعَ الْقَوْلُ عَلَيْهِمْ أَخْرَجْنَا لَهُمْ دَابَّةً مِّنَ الْأَرْضِ تُكَلِّمُهُمْ أَنَّ النَّاسَ كَانُوا بِآيَاتِنَا لَا يُوقِنُونَ
“Dan apabila perkataan telah jatuh ke atas mereka, Kami keluarkan bagi mereka satu Dabbah dari bumi (badan) yang akan berkata kepada mereka bahawa manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami.”
(An-Naml: 82)
Ayat ini menunjukkan:
- Dabbah keluar dari badan manusia, iaitu bertukar menjadi Dabbah sebaik sahaja mereka menemui ajal.
- Ia tanda bahawa satu fasa besar sedang bermula.
- Ia berkait dengan penghujung pilihan.
DABBAH DALAM HADITH
Rasulullah ﷺ bersabda dalam hadith riwayat Sahih Muslim:
“Sesungguhnya kiamat tidak akan berlaku sehingga kamu melihat sepuluh tanda sebelumnya…”
Antaranya disebut:
- Dajjal
- Turunnya Isa bin Maryam
- Ya’juj dan Ma’juj
- Terbit matahari dari barat
- Keluarnya Dabbah dari bumi (bukan dalam perut bumi)
Ini menunjukkan Dabbah adalah tanda besar (ashrat kubra) sebelum kiamat.
Dalam riwayat lain daripada Sunan al-Tirmidhi dan Sunan Ibn Majah disebut bahawa Dabbah:
- Akan menandakan manusia.
- Membezakan antara orang beriman dan yang ingkar.
Sebahagian tafsir menyebut ia membawa tongkat Nabi Musa dan cincin Nabi Sulaiman — namun bentuknya tidak dijelaskan secara pasti dalam riwayat sahih.
ZOMBI SEBAGAI GAMBARAN ZAMAN
Zombi dalam imaginasi moden menggambarkan:
- Jasad bergerak tanpa kesedaran.
- Tubuh hidup tetapi kosong.
- Manusia kehilangan sifat kemanusiaan.
Al-Qur’an pula menggambarkan keadaan manusia yang lebih dahsyat daripada kematian fizikal.
Allah berfirman:
لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا… أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ
“Mereka mempunyai hati tetapi tidak memahami dengannya… Mereka itu seperti binatang ternak bahkan lebih sesat lagi.”
(Al-A‘raf: 179)
Dan firman-Nya:
إِنَّكَ لَا تُسْمِعُ الْمَوْتَى
“Sesungguhnya engkau tidak dapat memperdengarkan kepada orang yang mati.”
(An-Naml: 80)
Yang dimaksudkan “mati” di sini ialah manusia sudah mati tetapi jasad kekal hidup.
ROH DALAM KEADAAN TERKUNCI
Kita sering dimomokkan dengan cerita roh tidak diangkat ke langit bagi mereka yang membunuh diri.
Ini kerana maut belum sampai walaupun ajal sudah sampai.
Roh hanya akan kembali sebaik sahaja tiba saat maut yang ditentukan.
Sementara itu, roh yang menemui ajal akan bertebaran menanti ia kembali ke sisi Allah.
Namun, zombi atau disebut di dalam al-Qur’an dan hadith sebagai Dabbah ialah sebaliknya, iaitu roh manusia apabila menemui maut kekal terkunci di dalam jasad.
Ia tidak akan kembali kepada Allah, tetapi berkekalan di dalam jasad yang hodoh dan busuk kekal selama-lamanya.
PENUTUP ALAM DUNIA
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Apabila matahari terbit dari barat, maka tidak lagi bermanfaat iman seseorang yang belum beriman sebelumnya.”
(Riwayat Sahih Muslim)
Apabila tanda-tanda besar muncul:
- Pintu taubat hampir tertutup.
- Keputusan hampir muktamad.
- Dunia berada di ambang penutupnya.
- Dabbah muncul ketika manusia tidak lagi yakin kepada ayat Allah.
Itulah saat di mana pilihan hampir tamat.
KESIMPULAN
Zombi (Dabbah) wajib berlaku dan ia adalah azab seksa yang maha keji dalam sejarah manusia sebagaimana dinyatakan dalam Surah Al-Kahfi ayat 2.
Manusia akan kekal terkunci di dalam jasadnya yang tidak mati, kekal selama-lamanya.
Maklum Balas kepada Pengarang
Peribadi — mesej ini tidak diterbitkan kepada umum.
Log masuk untuk menghantar mesej.
Comments