Ummi ialah pusat.
Ummat ialah yang berhimpun di bawah pusat.
Bukan sekadar manusia.
Seluruh alam adalah ummat dalam sistemnya masing-masing.
Allah berfirman:
وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا طَائِرٍ يَطِيرُ بِجَنَاحَيْهِ إِلَّا أُمَمٌ أَمْثَالُكُم
Tidak ada seekor binatang di bumi dan tidak pula burung yang terbang dengan kedua sayapnya melainkan semuanya adalah umat-umat seperti kamu.
(Al-An‘am 6:38)
Dan tentang Nabi:
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ
Tidak Kami utuskan engkau melainkan sebagai rahmat bagi sekalian alam.
(Al-Anbiya’ 21:107)
Rahmat untuk seluruh sistem kehidupan.
Cahaya yang Datang
Allah berfirman:
قَدْ جَاءَكُم مِّنَ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُّبِينٌ
Sungguh telah datang kepadamu cahaya dari Allah dan Kitab yang menjelaskan.
(Al-Maidah 5:15)
Dan tentang Nabi:
وَسِرَاجًا مُّنِيرًا
Sebagai pelita yang menerangi.
(Al-Ahzab 33:46)
Pelita dan cahaya tidak terpisah.
Cahaya bukan makhluk asing daripada pelita.
Ia pancaran daripadanya.
Cahaya di Atas Cahaya
Allah berfirman:
نُورٌ عَلَىٰ نُورٍ
Cahaya di atas cahaya.
(An-Nur 24:35)
Cahaya di atas cahaya bukan dua sumber.
Ia lapisan.
Ia penguatan.
Ia kesinambungan.
Macam cahaya putih yang melalui medium lutsinar lalu terurai menjadi pelangi.
Warna-warna itu bukan ciptaan baru.
Ia memang terkandung dalam cahaya asal.
Begitu juga rahmat.
Rahmat itu satu.
Tetapi terzahir dalam akhlak.
Terzahir dalam wahyu.
Terzahir dalam sistem kehidupan.
Terzahir dalam pergerakan alam.
Cahaya di atas cahaya.
Analogi Apple ID
Bayangkan satu sistem besar.
Setiap orang pegang device berbeza.
Model lain-lain.
Rupa lain-lain.
Tetapi identiti bukan pada device.
Ia di pusat.
Device boleh rosak.
Device boleh bertukar.
Tetapi sistem pusat tetap ada.
Begitu juga ummat.
Tubuh berbeza.
Bangsa berbeza.
Zaman berbeza.
Tetapi rahmat dan cahaya itu satu sistem.
Yang memisahkan hanyalah sangkaan bahawa device itu berdiri sendiri.
Penutup
Ummi ialah pusat yang tidak bergantung.
Ummat ialah yang berhimpun di bawah pancaran itu.
Cahaya itu satu.
Manifestasinya berlapis.
Kalau manusia sedar dirinya hanya terminal dalam sistem rahmat,
dia tidak akan besar diri.
Dia akan tunduk.
Dia akan selaras.
Dia akan kembali kepada cahaya.
Dia kana segera kembali kepada cahaya sebelum dikembalikan.
Comments
Leave a comment
You must be logged in to post a comment.
Maklum Balas kepada Pengarang
Peribadi — mesej ini tidak diterbitkan kepada umum.
Log masuk untuk menghantar mesej.
Alhamdulillah, ❤️.
Alhamdulillah. Terima kasih Tuan.
Alhamdulillah ❤️