Ummat bukan sekadar manusia.
Ummat ialah segala yang berhimpun di bawah satu pusat.
Angin ada sistemnya.
Air ada sistemnya.
Bintang ada sistemnya.
Manusia ada sistemnya.
Dan Nabi Muhammad ﷺ diutus bukan untuk satu bangsa, tetapi untuk seluruh sistem kehidupan.
Allah berfirman:
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ
Dan tidak Kami utuskan engkau melainkan sebagai rahmat bagi sekalian alam.
(Al-Anbiya’ 21:107)
Bukan rahmat untuk Arab sahaja.
Bukan untuk manusia sahaja.
Tetapi untuk sekalian alam.
Cahaya yang Datang
Allah berfirman:
قَدْ جَاءَكُم مِّنَ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُّبِينٌ
Sungguh telah datang kepadamu cahaya dari Allah dan Kitab yang menjelaskan.
(Al-Maidah 5:15)
Cahaya itu datang.
Bukan manusia menciptanya.
Dan tentang Nabi:
وَدَاعِيًا إِلَى اللَّهِ بِإِذْنِهِ وَسِرَاجًا مُّنِيرًا
Dan sebagai penyeru kepada Allah dengan izin-Nya dan sebagai lampu yang menerangi (Sirajan Munira).
(Al-Ahzab 33:46)
Baginda disebut Siraj — pelita yang menerangi.
Pelita dan cahaya tidak terpisah.
Cahaya bukan makhluk lain yang berdiri sendiri.
Ia pancaran daripada pelita.
Nur Muhammad: Jangan Dipisahkan
Ada yang mendakwa “Nur Muhammad” dahulu, kemudian baru Muhammad.
Sedangkan dalam nas yang jelas, Nabi sendiri disebut sebagai pelita yang bercahaya.
Memisahkan nur daripada Nabi seolah-olah memisahkan sinar daripada matahari.
Matahari tidak sama dengan sinar,
tetapi sinar tidak lain jenis.
Sinar itu manifestasi matahari.
Dan matahari tanpa sinar bukan matahari yang dikenal.
Cahaya di Atas Cahaya
Allah berfirman:
نُورٌ عَلَىٰ نُورٍ
Cahaya di atas cahaya.
(An-Nur 24:35)
Cahaya di atas cahaya bukan dua sumber.
Ia lapisan.
Ia penguatan.
Ia penzahiran yang semakin jelas.
Macam cahaya putih yang melalui medium lutsinar lalu terurai menjadi pelangi.
Warna-warna itu bukan ciptaan baru.
Ia memang terkandung dalam cahaya asal.
Begitu juga rahmat.
Rahmat itu satu.
Tetapi terzahir dalam akhlak, dalam hukum, dalam sistem kehidupan, dalam pergerakan alam.
Cahaya di atas cahaya.
Analogi : Device dan ID
Kadang-kadang manusia sangka dirinya hanyalah jasad.
Seperti orang tua yang sangka semua datanya ada dalam telefon.
Padahal telefon rosak tidak menghapuskan akaun.
Yang kekal bukan device.
Yang kekal ialah identiti yang tersimpan di pusat.
Jasad boleh lenyek.
Sel boleh mati.
Zarah boleh bertukar.
Tetapi rahmat dan cahaya tidak terpadam dengan rosaknya terminal.
Masalahnya cuma satu:
Ramai menyangka diri mereka adalah device.
Sedangkan yang sebenar bukan pada casing.
Penutup
Ummi adalah pusat.
Ummat adalah yang berhimpun di bawah pancaran itu.
Bukan sekadar manusia.
Seluruh alam berada dalam sistem rahmat yang sama.
Yang memisahkan hanyalah sangkaan.
Dan solat itu bukan sekadar gerakan.
Ia reconnect.
Ia align semula dengan cahaya.
Selagi ada waktu,
update-lah.
Comments
Leave a comment
You must be logged in to post a comment.
Maklum Balas kepada Pengarang
Peribadi — mesej ini tidak diterbitkan kepada umum.
Log masuk untuk menghantar mesej.
Alhamdulillah,❤️.
Terima kasih.❤️
Beyond words. This is among the most profound reflections I have encountered. Alhamdulillah.