Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah:
“Aku akan bacakan kepada kamu sedikit tentang perihalnya.”
(Al-Kahfi 18:83)
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.
(Al-Kahfi 18:84)
Lalu ia menurut jalan yang menyampaikan maksudnya.
(Al-Kahfi 18:85)
– Perjalanan keluar gua
Perjalanan Pemuda Al-Kahfi menurut sirah Iskandar Zulkarnain yang dikurniakan Allah untuk menguasai dunia dan segala tindak tanduknya berjaya.
Perjalanan ini bermula dengan meninggalkan gua, iaitu meninggalkan negara tempat mereka berlindung sementara waktu bagi menyelamatkan agama di negara asal mereka daripada pemerintah zalim.
Perjalanan ke Daerah Matahari Terbenam
Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah mata air yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum yang kufur ingkar.
Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya):
“Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka.”
(Al-Kahfi 18:86)
Ia berkata:
“Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkan dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.”
(Al-Kahfi 18:87)
“Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati.”
(Al-Kahfi 18:88)
Perjalanannya sampai ke kawasan Laut Hitam, yang mana penduduknya mengaku Islam tetapi tidak mengamalkan syariat Islam.
Mereka sengaja tidak solat dan tidak berpuasa. Zahiriah mereka juga tidak menggambarkan bahawa mereka orang Islam. Mereka minum arak secara terbuka bahkan hidup berpasangan tanpa bernikah.
Namun pemuda al Kahfi tetap berlaku baik terhadap mereka, walaupun tamadun mereka rosak dan hidup dalam penipuan.
Pemuda Al-Kahfi hidup bersama kaum ini sebagai seorang musafir, yang mana ibadah mereka diringankan seperti solat qasar dan jamak.
Perjalanan ke Daerah Matahari Terbit
Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.
(Al-Kahfi 18:89)
– Perjalanan dari Laut Hitam (matahari terbenam) ke lokasi matahari terbit
Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya.
(Al-Kahfi 18:90)
Demikianlah halnya; dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi segala yang ada padanya.
(Al-Kahfi 18:91)
Pemuda Al-Kahfi tiba masih di negara yang masih berpantaikan Laut Hitam, tetapi di lokasi ini matahari terbit dapat dilihat lebih awal kerana tempat ini terkenal dengan belon udara panas yang dinaiki pada waktu subuh.
Sejarah juga membuktikan tempat ini mempunyai kediaman di bawah tanah yang mampu menempatkan sehingga 20,000 orang, dengan kedalaman mencapai 100 meter di bawah tanah.
Penduduk di sini juga membina rumah mereka dengan menebuk bukit-bukau sehingga jika dilihat dari jauh, seolah-olah tiada perkampungan manusia.
Di sinilah lokasi rahsia yang ditafsirkan oleh sesetengah ulama sebagai tempat Nabi Isa AS bertemu dan menyampaikan ajaran kepada pengikut setia baginda selepas baginda diangkat.
Perjalanan ke Pergunungan Caucasus
Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.
(Al-Kahfi 18:92)
– Perjalanan dari kawasan gua bawah tanah ke Pergunungan Caucasus
Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir tidak dapat memahami perkataan.
(Al-Kahfi 18:93)
Pemuda Al-Kahfi menuju ke kawasan Pergunungan Caucasus, yang mempunyai dua banjaran besar:
- Banjaran Great Caucasus
- Banjaran Lesser Caucasus
Kedua-duanya membentuk sebuah wilayah yang menjadi laluan semula jadi antara dua kawasan besar.
Permintaan Membina Tembok
Mereka berkata:
“Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi. Oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”
(Al-Kahfi 18:94)
Pemuda Al-Kahfi mengulangi sirah Zulkarnain kerana negara ini pernah ditubuhkan oleh Zulkarnain untuk memisahkan dua kaum yang sentiasa bertelagah.
Negara ini menjadi dinding pemisah antara dua bangsa yang terus berperang.
Kewujudan negara ini memisahkan kedua-dua kaum tersebut dan menjadi tembok perdamaian.
Inilah yang dimaksudkan sebagai tembok Yakjuj dan Makjuj – Jakjuj dan Makjuj berperang berabad abad lamanya yang terhenti dengan penubuhan negara ini. Keududkan geografi dan keluasan negara ini tidak berubah sejak ia dibina oleh Zulkarnain.
Bentuk dua banjaran ini menyerupai jari telunjuk dan ibu jari, sebagaimana hadith Nabi yang menggambarkan lubang Yakjuj dan Makjuj.
Bahasa negara ini juga antara bahasa yang paling sukar di dunia dan masih dipertuturkan sehingga hari ini.
Yakjuj dan Makjuj Zaman Akhir
Pada ketika ini muncul Yakjuj dan Makjuj versi akhir zaman:
- Yakjuj – wabak penyakit
- Makjuj – ubatan yang memudaratkan
Kedua-duanya menimpa seluruh penduduk dunia.
Justeru Pemuda Al-Kahfi mula berani mengemukakan penawarnya, kerana pada waktu itu pengkhianat yang mencetuskan wabak manakala ubatan beracun telah dikenakan hukuman dan tidak lagi mampu menghalangnya.
Pembinaan “Tembok”
Dia menjawab:
“(Kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya lebih baik daripada bayaran kamu; oleh itu bantulah aku dengan tenaga kamu beramai-ramai, aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok yang kukuh.”
(Al-Kahfi 18:95)
Dunia ketika itu sanggup membayar Pemuda Al-Kahfi demi pulih daripada penyakit yang amat berbahaya.
Namun Pemuda Al-Kahfi menyatakan bahawa penawar ini tidak boleh dibeli, kerana ia adalah anugerah Allah yang sangat mahal nilainya.
Maka dengan mengikuti sirah Zulkarnain di tempat ini, Pemuda Al-Kahfi bersama penduduk negara yang sukar bahasanya ini mengeluarkan penawar untuk menyelamatkan umat manusia.
Proses Pembinaan
“Bawalah kepadaku ketul-ketul besi.”
(Al-Kahfi 18:96)
Sehingga apabila besi itu memenuhi ruang antara dua gunung, ia memerintahkan mereka meniup api sehingga besi itu menjadi merah menyala.
Kemudian ia berkata:
“Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan ke atasnya.”
Pemuda Al-Kahfi memerintahkan penduduk menyediakan bahan-bahan mentah kerana mereka sudah lama mahir dalam proses pembuatannya.
Penduduk di kawasan ini dikatakan telah menguasai teknik pemprosesan ini selama ribuan tahun, namun resipi sebenar tetap menjadi rahsia Pemuda Al-Kahfi.
Tembok Tidak Dapat Ditembusi
“Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan tidak dapat menebuknya.”
(Al-Kahfi 18:97)
Penawar itu berjaya menyekat wabak dan menawarkan racun biologi yang ditanam ke dalam tubuh manusia.
Penutup Perjalanan
Zulkarnain berkata:
“Ini ialah suatu rahmat daripada Tuhanku. Apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur lebur. Dan janji Tuhanku itu adalah benar.”
(Al-Kahfi 18:98)
Pemuda Al-Kahfi bersyukur kerana kurnia Allah kepadanya berjaya menyembuhkan penyakit dan menawarkan racun biologi yang ada dalam tubuh manusia.
Namun akhirnya pemerintah di kawasan itu menjadi terlalu bangga dengan pencapaian negaranya dan mula melupakan bahawa resipi penawar itu adalah milik Pemuda Al-Kahfi.
Comments
Leave a comment
You must be logged in to post a comment.
Maklum Balas kepada Pengarang
Peribadi — mesej ini tidak diterbitkan kepada umum.
Log masuk untuk menghantar mesej.
Alhamdulillah.❤️
Alhamdulilah Tuan
Alhamdulillah ❤️