1️⃣ Orang Beriman Menjauhkan Diri
Hadith:
“Barangsiapa mendengar tentang Dajjal, hendaklah dia menjauhinya…”
(Sunan Abu Dawud)
Kerana fitnah datang dengan syubhat.
Orang beriman tidak mendekati pusat kekeliruan.
Mereka tidak merasa perlu “menguji iman” dengan masuk ke dalam sistem fitnah.
Menjauhkan diri bukan pengecut,
tetapi strategi menyelamatkan aqidah.
2️⃣ Lari Ke Gunung
Hadith:
“Dia lari membawa agamanya ke puncak gunung…”
(Sahih Bukhari)
Gunung melambangkan:
- Pemisahan fizikal
- Hijrah zahir
- Keluar dari tekanan sistem
Hijrah bukan sekadar simbol batin.
Ia tindakan nyata apabila agama terancam.
Selari dengan pemuda Al-Kahfi:
Mereka tidak berdamai dengan sistem,
mereka mengasingkan diri.
3️⃣ Orang Munafik Keluar Menyertainya
Hadith:
“Madinah akan bergegar tiga kali, lalu Allah mengeluarkan setiap kafir dan munafik daripadanya.”
(Sahih Muslim)
Apabila fitnah memuncak:
- Mukmin bertahan.
- Munafik keluar.
Fitnah menapis.
Yang selama ini bersama orang beriman tetapi hatinya goyah,
akan memilih sistem yang memberi habuan dan keselamatan dunia.
Bab Muhammad (Madinah) membezakan mana mukmin dan mana munafik di kalangan umat Islam
4️⃣ Bahaya Merasa Diri Kebal
Hadith menyebut:
Seseorang datang kepadanya menyangka dirinya beriman, lalu dia mengikutinya kerana syubhatnya.
Bahaya terbesar bukan kebodohan,
tetapi rasa yakin diri dengan sijil berjela. Akhirnya dia juga tergolong dalam puak sesat kerana menyesatkan orang mukmin
Comments
Leave a comment
You must be logged in to post a comment.
Maklum Balas kepada Pengarang
Peribadi — mesej ini tidak diterbitkan kepada umum.
Log masuk untuk menghantar mesej.
Alhamdulilah
Jazakallah!