Fitnah Dajjal : Penamat Fitnah Dajjal

dajjal16

1️⃣ Turunnya Nabi Isa عليه السلام

Rasulullah ﷺ bersabda:

“Demi Allah, sungguh akan turun Isa bin Maryam sebagai hakim yang adil…”
(HR al-Bukhari & Muslim)

Dalam riwayat Muslim:

“Isa bin Maryam akan turun di menara putih sebelah timur Damsyik…”

Turunnya Isa sebagai ROHULLAH
Ia menjadi hujah dan bukti kebenaran
Kedudukannya berada di Timur dari Syria.. carilah


2️⃣ Isa Mengejar dan Membunuh Dajjal

Dalam Sahih Muslim disebut:

“Apabila musuh Allah (Dajjal) melihat Isa, dia akan mencair sebagaimana garam mencair dalam air… lalu Isa membunuhnya.”

Peristiwa ini menunjukkan:

  • Fitnah tidak dihentikan oleh kebenaran yang timbul
  • Ia dihentikan dengan hujah dan kebenaran yang Allah zahirkan.

Dajjal tidak mampu berdiri di hadapan Isa.


3️⃣ Dibunuh di Bab Lud

Hadith menyebut:

“Lalu Isa mengejarnya dan membunuhnya di pintu Lud.”
(HR Muslim)

Bab Lud bukan tempat tetapi pintu kebenaran bila cahaya kebenaran bersinar

Ini menunjukkan:

  • Peristiwa ini nyata.
  • Ia berlaku di bumi, bukan dalam alam simbol semata-mata.

4️⃣ Tamatnya Fitnah Terbesar

Rasulullah ﷺ bersabda:

“Tidak ada fitnah yang lebih besar sejak Allah menciptakan Adam hingga Kiamat daripada fitnah Dajjal.”
(HR Muslim)

Apabila Dajjal dibunuh:

  • Fitnah aqidah terbesar berakhir.
  • Kebenaran menjadi jelas.
  • Keadilan ditegakkan.

Dalam riwayat lain disebut Isa:

  • Mematahkan salib – ramai orang Kristian menyokong Al Mahdi
  • Membunuh babi – ramai orang bukan Islam meeluk Islam
  • Menghapuskan jizyah – sistem jual beli yang adil
  • Menegakkan keadilan.

Ini menandakan era baru selepas runtuhnya fitnah.


Kesimpulan

Penamat Fitnah Dajjal berlaku dengan:

  1. Turunnya Nabi Isa عليه السلام
  2. Pengejaran terhadap Dajjal
  3. Pembunuhan di Bab Lud
  4. Berakhirnya fitnah terbesar dalam sejarah manusia

Ini adalah janji Nabi ﷺ.
Bagaimana, bila dan tepat waktunya — itu dalam ilmu Allah.

Comments

Leave a comment

Maklum Balas kepada Pengarang

Peribadi — mesej ini tidak diterbitkan kepada umum.

Log masuk untuk menghantar mesej.