Subscription adalah sumbangan yang dikenakan bagi menyokong penerokaan ilmu yang dikira kirakan tidak sebagaimana biasa tetapi mungkin keluar dari penjara terjamahan.
Tanpa sebarang keahlian sekalipun, pembaca masih boleh mengakses kandungan laman ini. Sekurang-kurangnya 25% daripada keseluruhan penulisan kekal terbuka untuk umum, kerana ilmu tidak sepatutnya dikunci sepenuhnya.
Namun, subscription diwujudkan bagi membolehkan penerokaan ini berjalan lebih jauh dan lebih mendalam.
Yuran ini digunakan untuk membiayai usaha penulis:
- mentelaah bahan-bahan yang jarang disentuh oleh wacana arus perdana,
- meluangkan masa untuk berfikir dan menyusun hujah dengan tertib,
- dan, jika perlu, mengembara bagi menghimpunkan pengalaman, pemerhatian, dan kefahaman yang berada di luar kebiasaan dunia akademik.
Sebagai ahli (member), anda bukan sekadar pembaca.
Anda boleh bertanya, berdialog, dan mendapatkan pencerahan secara langsung terhadap perkara yang dibincangkan.
Pada keadaan tertentu, penulis mungkin akan menghubungi anda secara terus untuk memberi penjelasan, meluruskan kefahaman, atau menyambung perbincangan — mengikut keperluan dan kesesuaian.
Subscription bukan sekadar bayaran untuk membaca.
Ia adalah sokongan kepada keberanian berfikir,
dan komitmen untuk meneroka Islam dengan adab, akal, dan kejujuran intelektual.



