Yang dikawal dan digerakkan ialah hardware, yang mengawal dan menggerakkan ialah software
Kita telah maklum dalam penulisan sebelum ini bahawa roh ialah bab terpenting dalam kehidupan manusia, kerana ia urusan Allah, bukan urusan remeh atau hiburan kanak-kanak. Hidup dan mati seseorang bergantung kepada roh, dan tanpa roh, jasad tidak bernilai sebagai kehidupan.
Untuk memudahkan kefahaman, kita gunakan perumpamaan hardware dan software — bukan untuk menyamakan hakikat, tetapi untuk membezakan fungsi dan peranan.
Memahami Maksud Hardware
Perkataan hardware sering dikaitkan dengan:
- kedai hardware
- alatan pembinaan
- peralatan pembaikan
Dari sudut bahasa:
- Hard bermaksud keras
- Ware bermaksud penggunaan / barangan
Maka hardware merujuk kepada sesuatu yang boleh disentuh, digunakan, dan mempunyai kewujudan fizikal.
Contoh hardware:
- handphone
- air
- api
- angin
- kereta
- bateri
- elektrik
Walaupun api dan angin tidak boleh dilihat dengan jelas, kewujudannya dapat dirasai dan disentuh melalui kesannya, maka ia tetap tergolong sebagai hardware.
Ringkasnya:
Hardware ialah apa yang wujud secara fizikal dan boleh dikawal atau digerakkan.
Memahami Maksud Software
Perkataan software pula berasal daripada:
- Soft (lembut / tidak fizikal)
- Ware (penggunaan / sistem)
Namun istilah lembut dan keras di sini bukan bermaksud literal, tetapi untuk membezakan dua fungsi yang berbeza.
Software bukan benda yang bergerak, tetapi sistem yang menggerakkan.
Contoh 1: Kereta
Kereta ialah hardware:
- diperbuat daripada besi, plastik, kaca
- mempunyai tayar, enjin, gear
Bagaimana pula dengan bahan api?
- Ya, bahan api juga hardware.
Di mana software kereta?
Software kereta bukan pergerakan tayar, tetapi sistem pembakaran yang berlaku dalam enjin:
- bateri menghasilkan percikan api (spark)
- percikan membakar bahan api bercampur udara
- pembakaran menghasilkan tekanan
- tekanan menggerakkan omboh (piston)
- omboh memutar gear
- gear menggerakkan tayar
Maka:
Software kereta ialah sistem yang mengawal proses ini,
bukan kereta itu sendiri.
Contoh 2: Handphone
Handphone yang kita pegang:
- skrin
- bateri
- cip
- wayar
Semua ini ialah hardware.
Tanpa software:
- handphone tidak boleh dihidupkan
- tidak tahu apa yang perlu dilakukan
- tidak berfungsi walaupun bateri penuh
Hardware wujud, tetapi tidak hidup tanpa software.
Contoh 3: Lampu dan Elektrik
Lampu, suis, wayar dan elektrik:
- semuanya hardware
Namun lampu hanya menyala apabila:
- litar lengkap
- arus dikawal
- sistem berfungsi
Software dalam konteks ini ialah:
- sistem yang mengawal pengaliran elektrik
- susunan litar yang membolehkan tenaga elektrik ditukar menjadi cahaya dan haba
Kesimpulan Konsep Hardware dan Software
Istilah hardware dan software digunakan untuk membezakan dua perkara:
Yang dikawal dan digerakkan ialah hardware
Yang mengawal dan menggerakkan ialah software
Tanpa software:
- hardware tidak berfungsi
Perumpamaan kepada Jasad dan Roh
Begitulah juga manusia.
- Jasad ialah hardware:
- tubuh
- tulang
- daging
- organ
- Roh ialah software:
- yang menghidupkan jasad
- yang memberi kesedaran
- yang menggerakkan kehidupan
Tanpa roh:
- jasad mati
- wujud tetapi tidak hidup
“Tanpa software, hardware tidak berfungsi.”
“Tanpa roh, jasad akan mati.”
Penutup
Perumpamaan ini tidak bertujuan menyamakan roh dengan teknologi,
tetapi untuk memahamkan satu hakikat penting:
Bahawa dalam kehidupan:
- yang kelihatan tidak semestinya yang mengawal
- yang tidak kelihatan itulah yang menentukan hidup dan mati
Dan kerana roh ialah urusan Allah,
maka memahami peranannya adalah wajib,
walaupun hakikatnya tetap dalam ilmu Allah semata-mata.


Terima kasih. Mudah faham analogi begini.
An excellent article—clear, engaging, and very logical. Jazakallah!