alone

Mengenal Diri 1 — Super McBook Alone

👁️ 29 views

Di sebalik semua yang bergerak,
ada satu yang tidak bergerak.

Di sebalik semua yang berubah,
ada satu yang tidak berubah.

Kita panggil ia Super McBook.

Bukan kerana ia mesin.
Bukan kerana ia teknologi.
Tetapi kerana bahasa zaman ini memerlukan simbol.

Super McBook bukan seperti device lain.

Pada device biasa:

Hardware terpisah daripada software.
Software perlu update.
System boleh crash.
Patch sentiasa diperlukan.

Tetapi pada Super McBook:

Hardware ialah software.
Software ialah hardware.

Tiada pemisahan.
Tiada versi lama dan versi baru.
Tiada maintenance.
Tiada kerosakan.

Ia bukan bergantung kepada medium.
Bukan bergantung kepada signal.
Bukan bergantung kepada infra.

Sebaliknya,
medium akan wujud kerana ia.
signal akan dipancarkan daripadanya.
infra akan tersusun menurutnya.

Super McBook tidak menjadi lebih besar kerana dikenali.
Tidak menjadi kurang kerana diabaikan.

Ia lengkap sebelum apa-apa bermula.

Namun daripada kelengkapan itu
lahir satu kehendak:

Bukan untuk berubah,
tetapi untuk dizahirkan.

Dan di situlah kisah ini benar-benar bermula.

Ia memberikan brand – Apple
lantas ia mahu dirinya dikenali menerusi Apple

1 thought on “Mengenal Diri 1 — Super McBook Alone”

Leave a Comment

Scroll to Top