1️⃣ Jasad Itu Hardware
Tubuh manusia bukan benda statik. Dulu anak anak kini sudah dewasa – berubah!
- Lebih 30 trilion sel.
- Sel mati dan diganti.
- Kulit berganti.
- Darah berganti.
- Usus berganti.
- Tulang pun diperbaharui.
Tubuh ini sistem dinamik.
Apa yang kau panggil “aku” hari ini,
secara fizikal bukan sel yang sama beberapa tahun lalu.
Jasad hanyalah hardware sementara.
Macam iPhone:
- Skrin tukar.
- Bateri tukar.
- Model upgrade.
- Casing retak.
Phone bukan identiti.
2️⃣ Rotation Cells = Ilusi Kekal
Kita rasa diri ini stabil.
Hakikatnya sel berputar tanpa henti.
Macam roti canai:
Roti nampak satu.
Padahal gandum berbilion partikel.
“Roti” hanya nama kepada susunan.
Begitu juga “aku”.
Ia label kepada konfigurasi sel.
Bentuk sentiasa berubah.
Tapi kita sangka ia kekal.
Itulah ilusi.
3️⃣ Software & Hardware (Ramai Buta)
Ramai jaga hardware sahaja.
Gym.
Skincare.
Casing mahal.
Tapi software penuh virus:
- Sombong
- Hasad
- Dengki
- Riak
- Dendam
Hardware cantik.
Software corrupt.
System tetap hang.
Software = pola fikir, niat, akhlak, memori.
Hardware rosak masih boleh tukar.
Software rosak — masalah besar.
4️⃣ Taubat = Delete Apps Kotor
Taubat bukan sekadar sebut maaf.
Taubat ialah:
- Uninstall app haram
- Clear cache dosa
- Tutup background process ego
- Reset permission hati
Kalau tak delete,
system berat.
Macam phone penuh junk file. Yang paling penting tahu nak download dari Cloud!
5️⃣ Kenal Diri = Apple ID
Ramai sangka diri = phone.
Padahal phone hanya device.
Apple ID bukan dalam phone.
Ia pada sistem pusat.
Kalau phone hilang,
ID tak hilang.
Kenal diri bukan kenal jasad.
Kenal diri ialah sedar:
Aku bukan casing.
Aku bukan rotation cells.
Kalau tak sedar ini,
kita akan mati dalam ilusi.
6️⃣ Mati Sebelum Mati
“Mati sebelum mati” bukan bunuh jasad.
Ia bunuh ego.
Ego ialah sangkaan:
“Aku pusat.”
“Aku penting.”
“Aku kekal.”
Bila ego mati,
yang tinggal hanyalah fungsi.
Macam phone tanpa wallpaper ego.
Ringan.
Laju.
Tak berat.
7️⃣ Device Lenyek
Kalau phone lenyek,
apa jadi?
Kalau software bersih,
login device baru,
sync lancar.
Kalau software corrupt,
device baru pun hang.
Akhir kalam penting.
Last state penting.
System simpan profile terakhir.
8️⃣ Login Banyak Devices?
Bukan literal roh lompat jasad.
Maksudnya:
Bila tak lagi terikat pada casing,
kau tak sempit pada satu peranan.
Kau boleh jadi apa sahaja fungsi,
tanpa ego mengikat.
Itu maksud kebebasan.
9️⃣ Makan Halal = Jangan Sampai Meletup
Phone tak boleh guna charger salah.
Voltage tak stabil → meletup.
Tubuh pun begitu.
Apa masuk jadi tenaga.
Tenaga jadi signal.
Signal jadi tindakan.
Kalau sumber kotor,
system kacau.
🔟 Seronok Mati Awal
Seronok bila yang mati itu ego.
Jasad hidup.
System stabil.
Tak hang.
Bunuh diri? Tidak.
Bunuh ilusi diri baharu mampu login banyak devices!
Comments
Leave a comment
You must be logged in to post a comment.
Maklum Balas kepada Pengarang
Peribadi — mesej ini tidak diterbitkan kepada umum.
Log masuk untuk menghantar mesej.
Syukur Alhamdulillah di beri kefahaman. Thanks to Tuan Pengarang.
Alhamdulillah, ❤️.
Tq Tuan
Ini bukan sekadar tulisan, ini perjernihan faham yang lahir daripada perenungan yang matang. Syabas Tuan!
Alhamdulillah. Terima kasih Tuan.